PLATFORM SEDANG DIBAIK PULIH

POLISI DAN ARAHAN SUKARELAWAN

POLISI DAN ARAHAN SUKARELAWAN

Misi Organisasi / Platform

Al Fasoha Academy of Arabic ialah satu organisasi tanpa keuntungan yang bertujuan untuk menyediakan pendidikan bahasa Arab percuma kepada semua. Arabic.my adalah platform yang tidak mengambil sebarang keuntungan yang menyediakan sumber percuma bagi mempelajari bahasa Arab kepada penutur bahasa lain. 

Peranan dan Tanggungjawab

Sukarelawan bertanggungjawab untuk menyumbangkan masa dan kemahiran untuk mengumpul data, mempromosi dan mereka bentuk laman sesawang untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. setiap sukarelawan akan dibahagikan mengikut bahagian masing-masing berdasarkan kemahiran dan minat mereka. (berdasarkan temu duga).

Nilai

  1. Memperbaharui niat (تجديد النيّة)
  2. Ketetapan dan kesempurnaan (الدقّة والإتقان)
  3. Pencapaian/ Pencapaian/ Prestasi/ Perlaksanaan (الإنجاز)
  4. Bertanggungjawab

Kod Etika

Semua sukarelawan perlu mematuhi kod etika seperti di bawah:

  1. Profesional (Jangan libatkan masalah peribadi ke dalam kerja)
  2. Bekerjasama (Sentiasa bekerja dalam kumpulan)
  3. Komunikasi (Sentiasa rujuk dan berkomunikasi dengan ketua/penasihat)
  4. Kerahsiaan

Kerahsiaan Dan Komunikasi Luar

Sukarelawan perlulah bertanggungjawab dalam menjaga informasi kerja di tempat kerja. (kerja dengan 'Amanah')

Tindakan Pembetulan dan Pemberhentian

Jika sukarelawan tidak mematuhi kod etika atau terlepas waktu kerja mereka, mereka boleh diberikan surat amaran. Pemecatan adalah pilihan terakhir selepas 2 surat amaran dan perbincangan bersama dengan sukarelawan tersebut." 

Masa Operasi Dan Komitmen

Sukarelawan boleh memilih masa dan jam yang dikehendaki untuk menyumbang. Walau bagaimanapun, kami hanya akan menyediakan sijil untuk sukarelawan yang menyumbang sekurang-kurangnya 10 jam seminggu selama 12 minggu. Sukarelawan perlu mematuhi jam dan masa yang telah dipilih oleh mereka. 

Ketidakhadiran Dan Penamatan

Kami mengikuti cuti umum kebangsaan selain hujung minggu. Kontrak penamatan mesti ditandatangani selepas tamat tempoh sukarela yang dipersetujui. Jika sukarelawan ingin menamatkan kontrak sukarelawan mereka lebih awal atas sebab peribadi, mereka boleh memberi notis bertulis 2 minggu kepada kepala mereka.